DEP - Portal Rasmi

PORTAL JABATAN

PROGRAM LEADING WITH PURPOSE AND PASSION WORKSHOP,
MENERUSKAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN UNIVERSITI


UMP Pekan, 30 September 2016 – Bahagian Pengurusan Bakat (BPB) telah menganjurkan program kepimpinan iaitu Leading With Purpose and Passion Workshop pada 29 September 2016 yang lalu. Bengkel selama satu (1) hari ini telah diadakan di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Kampus Pekan dan disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi universiti, dekan-dekan fakulti, pengarah pusat kecemerlangan dan beberapa pengarah jabatan.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta berkenaan aspek kepimpinan yang perlu dimiliki dan dipraktikkan dalam pengurusan di jabatan masing-masing di samping untuk memperkayakan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek teori dan pratikal kepimpinan agar sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik UMP 2016-2020 dapat dicapai dan direalisasikan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan program ini yang juga selari dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020 untuk menyokong Lonjakan 5 iaitu keunggulan jenama bagi mencapai KPI 1 untuk memartabat kecemerlangan bakat. Program ini telah dikendalikan oleh Kapten (B) Shan Moorthi dari TruCAT Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun di dalam bidang coaching, latihan dan pengurusan kumpulan.

Menurut beliau, “Aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah sesuatu yang istimewa dan dirangka khusus bagi pihak Universiti Malaysia Pahang bagi memastikan objektif dan keperluan latihan dapat dicapai di samping dapat menarik perhatian serta keinginan peserta untuk melakukan perubahan bermula dari mereka sendiri”

Program ini telah dimulakan pda jam 8.45 pagi dengan taklimat dari pihak Bahagian Pengurusan Bakat (BPB) oleh En Hazmin Aris selaku Timbalan Pendaftar di bahagian tersebut sebelum diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh YH Dato’ Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor UMP. Di dalam ucapam beliau, YH Dato’ menekankan berkenaan kepentingan dan keperluan semua ketua jabatan memainkan peranan mereka dengan baik sebagai pemimpim bagi memastikan objektif Universiti dapat dihayati oleh semua staf dan seterusnya dapat dicapai dengan lancar.
Menurut Profesor Dato' Dr. Rosli Bin Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa pula berkata, ‘Program yang dijalankan ini adalah kena pada masanya kerana menjadi satu keperluan untuk kepimpinan universiti dapat dihimpunkan di dalam satu program bukan sahaja untuk mendapatkan input dan kemahiran baru dari konsultan, namun untuk mereka sendiri berkongsi idea dan pandangan mereka bersama-sama pihak pengurusan bagi memastikan kelancaran pelaksanan Pelan Strategik UMP 2016-2020’.

‘Inisiatif aktiviti yang melibatkan penggunaan alat muzik merupakan satu aktiviti yang sangat menarik dan berbeza daripada aktiviti-aktiviti kepimpinan yang sedia ada sekarang. Ianya juga dapat memperlihatkan kepentingan seorang pemimpin dan keperluan untuk kesemua bahagian sama ada kecil atau besar untuk bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan bagi mencapai matlamat yang diinginkan’, kata Encik Abd Hamid Bin Majid selaku Pendaftar di UMP.
Manakala bagi Profesor Madya Dr Hayder A. Abdul Bari, Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF) mengatakan bahawa program ini dengan jelas menerangkan kepentingan seorang ketua dalam memastikan bahawa staf di bawah seliaan mereka diberikan kefahaman berkenaan setiap tugasan mereka agar objektif yang ingin dicapai dapat mereka hayati dan laksanakan dengan sepenuh hati.
Bengkel ini telah ditamatkan pada jam 5.00 petang dan diharapkan para peserta yang hadri ke program ini dapat mengaplikasan kemahiran dan pengetahuan yang telah mereka perolehi bagi memastikan kecemerlangan kepimpinan di Universiti Malaysia Pahang akan berterusan dan bertambah baik selari dengan keperluan semasa.

Disediakan oleh: Mohd Izzat Shafie dari Bahagian Pengurusan Bakat, Jabatan Pendaftar.