DEP - Portal Rasmi

PORTAL JABATAN

Client's Charter

Menjana program pembangunan latihan yang berkualiti bagi memperlengkapkan kemahiran, pengetahuan dan kompetensi staf.

Dengan penuh iltizam, kami berikrar dan berjanji akan menggembeling tenaga, ilmu, kepakaran, masa, kemudahan dan usaha kami untuk :

Menyediakan program latihan dan pembangunan yang berkualiti dan praktikal bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa mengikut jadual yang ditetapkan. 

  • Memberitahu pelanggan tentang program latihan dan pembangunan yang berjadual sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum bermula bagi pelanggan dalaman dan 6 minggu bagi pelanggan luaran. 
  • Memastikan program latihan dan pembangunan dapat berjalan dalam suasana yang kondusif ke arah meningkatkan lagi keberkesanan.
  • Memberi khidmat runding yang profesional berkaitan dengan aspek latihan dan pembangunan staf.    
  • Memproses dan memperakukan permohonan staf untuk mengikuti latihan di institusi latihan luar universiti dalam tempoh 4 hari selepas permohonan diterima.   
  • Mengeluarkan keputusan permohonan untuk mengikuti latihan di institusi luar universiti dalam tempoh 2 hari selepas kelulusan rasmi diterima.
  • Memastikan semua jenis tuntutan diproses untuk tindakan Jabatan Bendahari dalam tempoh 7 hari selepas permohonan lengkap diterima.